Monday 2 February 2009

TAKLIMAT INDUKSI GURU BARU KELUARAN 2007/2008




Bismillah Syukur Alhamdullilah dengan izinnya jua dapatlah Jabatan Sekolah – Sekolah Daerah Belait mengunkayahkan sesi Taklimat Induksi Graduan bagi keluaran tahun 2007 dan 2008 yang telah diadakan pada 8hb Januari 2009 , hari Khamis Jam 8.00 – 4.30 petang bertempat di bilik taklimat Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria. Seramai 36 orang guru – guru dari 15 buah Sekolah – Sekolah Rendah Daerah Belait telah terlibat dalam sesi induksi ini dan 2 orang guru dari Sekolah Rendah Melilas tidak dapat menghadirinya di sebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Tujuan
a) Memberi pendedahan kepada guru – guru mengenai struktur Jabatan Sekolah – Sekolah dan hal pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan di dalam kementerian Pendidikan.
b) Memberi kefahaman secara terperinci tentang tugasan seorang pendidik.
c) Memberi peluang bagi semua guru – guru untuk berinteraksi dan bertukar – tukar pandangan, serta berkongsi pendapat dan apa jua isu – isu yang berhubung kait dengan hal ehwal pendidikan terutama dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


Atur cara sesi taklimat dimulakan dengan ucapan alu – aluan oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait, Cikgu Haji Ramlee Bin Abd. Rahman selaku pengerusi Jawatankuasa yang menyelenggarakan Majlis sesi ini.
Dalam ucapannya pula menyebut mengenai usaha – usaha yang telah dan akan giat keteraturan perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 yang baru ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidkan.
Diantara lain ucaptama Pegawai Pelajaran Kanan Daerah ialah berharap guru – guru ini tidak akan terkejut akan perubahan SPN 21 yang menjadi tulang belakang didalam mendukung usaha – usaha dibuat pelan strategi kementerian pendidikan agar ianya berjaya.[PDP I, JSS Belait]

No comments: