Thursday 12 February 2009

SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAM SIP 2009, JABATAN KENAZIRAN SEKOLAH-SEKOLAH.


School Improvement Program SIP merupakan "collaboration" antara 11 Sekolah-Sekolah Kerajaan, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah dan Jabatan Sekolah-Sekolah. Sekolah Rendah Lumut merupakan salah sebuah sekolah di Daerah Belait yang telah tersenarai bagi program SIP ini.

Satu taklimat mengenai SIP telah diadakan di P1, Kementerian Pendidikan pada 12hb Februari 2009 jam 2.30 petang. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Setiausaha Tetap { Pendidikan Teras } Kementerian Pendidikan Dyg Apsah binti Abdul Majid, Pengarah Sekolah-Sekolah, Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai dan Guru-Guru Besar sekolah yang akan mengikuti program ini.

Setiausaha Tetap { Pendidikan Teras} kementerian Pendidikan, Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah dan Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah juga mendengar kongsisama pengalaman dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah PAP Besar dan Sekolah Rendah Saba Darat Brunei I.

Guru Besar Sekolah Rendah Lumut hadir bersama bagi mendengar taklimat School Improvement Program SIP 2009.


No comments: