Tuesday 26 January 2010

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN MELAWAT SEKOLAH RENDAH MUHAMMAD ALAM SERIA.

Rombongan Pegawai Tugas-Tugas Khas kanan juga melawat Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria. Sekolah ini letaknya di pekan Seria. Keramaian murid ialah 350 orang, iaitu 182 murid lelaki dan 168 murid perempuan. Keramaian tenaga pengajar 28 orang terdiri dearipada 8 guru lelaki dan 20 guru perempuan.








PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN BERSAMA PMK PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH MELAWAT KE SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT



Pada 26hb Januari 2010, Hari Isnin Pegawai Tugas-Tugas Khas kanan, Pmk Penolong Pengarah dan rombongan daripada Bahagian Pendidikan Rendah telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut II Daerah Belait. Sekolah ini mempunyai 252 murid lelaki, 230 murid perempuan, 6 guru lelaki dan 22 guru perempuan.



Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan melawat murid Pra Sekolah yang belajar membunyi huruf melalui pengajaran phonic. Pengajaran di bilik-bilik darjah bagi Tahun 1, Tahun 2 juga di lawati. Selain bilik-bilik darjah Pegawai tugas-tugas khas kanan dan rombongan juga di bawa memerhati pengajaran di Bilik Pendidikan khas dan aktiviti yang diadakan dalam perpustakaan sekolah.































Wednesday 20 January 2010

Rombongan Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Bahagian Pendidikan Rendah di Sekolah Rendah DMS Sukang Ulu Belait













LAWATAN KERJA KE SEKOLAH RENDAH MELILAS DAN SEKOLAH RENDAH DMS SUKANG

Lawatan kerja awal tahun persekolahan Jabatan Sekolah-sekolah, Bahagian Pendidikan Rendah ke Sekolah Rendah Melilas telah di adakan pada 2ohb Januari 2010, Hari Rabu

Bermuzakarah dengan guru-guru mengenai dengan isu-isu pengajaran dan pembelajaran termasuk hal-hal kebajikan guru.

Sekolah Rendah Melilas mempunyai 6 orang murid sahaja dan tenaga mengajar termasuk Guru Besar adalah seramai 3 orang. Sekolah juga diperuntukan dengan seorang buruh dan seorang tukang masak.

Pelawat juga mengambil kesempatan melawat kelas-kelas dan berinterajsi dengan murid-murid di sekolah tersebut.

Salah seorang murid darjah 1 , sedang berkomunikasi dengan pelawat.

Pada tahun ini 2 orang murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan PSR. Pihak sekolah akan berusaha untuk memberi pengajaran yang terbaik .

Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah ini juga mengambil kesempatan untuk singgah ke Sekolah Rendah DMS Sukang, Ulu Belait