Sunday 16 November 2008

PERJUMPAAN PPKD BERSAMA GB/PGB DAERAH BELAIT

Perjumpaan diadakan pada 17hb November 2008 bertempat dibilik mesyuarat SR Muhammad Alam Seria.Pegawai Pelajaran Kanan Daerah [PPKD] Cikgu Hj.Ramle bin Abd.Rahman memberikan ucapan tahniah kepada semua Guru-Guru Besar diatas keputusaan PSR yang cemerlang.Beliau bangga khusunya penyampaian keputusan Bahasa Inggeris yang begitu menyerlah.Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat khususnya guru-guru Daerah Belait

Friday 24 October 2008

PERHIMPUNAN PROSO 2008




Majlis PROSO 2008 telah diadakan pada 8.8.2008 di Dewan Santap ,Pejabat Daerah Belait.Ia merupakan majlis perhimpunan senegara Guru-Guru Besar dan Penolong - Penolong Guru Besar bersama dengan Pegawai-Pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah bahagian Rendah Kementerian Pendidikan,Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku Kehormat pada hari tersebut ialah Awang Abd.Hakip bin hj.Burut, Pemangku Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah,Kementerian Pendidikan,Negara Brunei Darussalam.Diantara tujuan perhimpunan tersebut ialah memdedahkan beberapa tips motivasi bagi pemipin-pemipin sekolah melalui ceramah yang disampaikan oleh Penceramah undangan dari Asia Pasifik Regional Hub Awang Hj.Mahmud bin Masrun dan Penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Negara Brunei Darussalam Ustaz Awg Hj.Mail bin Awg.Besar.

Di sebelah petang para peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti yang cenderung kepada "team building spirit" yang dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai OGDC seria.

Pada tahun ini , Perhimpunan Profesional dan Sosial atau lebih dikenali dengan panggilan PROSO telah dikendalikan bersama oleh Jabatan Sekolah-sekolah ,Belait dan AJK GB/PGB Daerah Belait.
Syabas dan tahniah kepada Pengerusi Majlis Cikgu Hj.Ramle bin Abd.Rahman ,Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, JSS Belait dan semua Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat kerana berjaya mengungkayahkan Majlis tersebut dengan cemerlang dan berkesan.