Friday 4 December 2009

PERKHEMAHKAN TUNAS PUTERI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH 2009

Perkhemahan Tunas Puteri Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke 2 Tahun 2009 telah diadakan pada 01hb Disember 2009 hingga 03hb Disember 2009 bertempat di Sekolah Rendah Tutong Kem Tutong 1

Sebahagian daripada peserta Tunas Puteri semasa Majlis Penutup Rasmi Perkhemahan. Tetamu Kehormat bagi Majlis tersebut ialah Datin Paduka Dayang Apsah binti Haji Abd Majid, Setiausaha Tetap [ Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.]
Sebahagian daripada para jemputan yang turut diundang bagi Majlis Penutup Rasmi perkhemahan pada 03hb Disember 2009, bertempat di Sekolah Rendah Tutong Kem.




Sekolah Rendah PSB SOAS Kuala Belait telah menghantar beberapa Ahli Tunas Puteri untuk menyertai perkhemahan yang diadakan selama 3 hari itu.

Tetamu kehormat, Datin Paduka Dayang Apsah binti Haji Abd Majid bersama jemputan yang diundang sedang menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

.
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
















Wednesday 2 December 2009

PERJUMPAAN PROFESSIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH DENGAN PEMIMPIN SEKOLAH SENEGARA

Perjumpaan Profesional Bahagian Pendidikan Rendah dengan Pemimpin Sekolah Rendah Senegera telah diadakan pada 21hb November 2009,bertempat di Sekolah Rendah Rimba II.
Gambar menunjukkan aktiviti simulasi yang disampaikan oleh peserta bengkel.



Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait sedang mengendalikan bengkel dengan tugasan untuk menyediakan sesi simulasi Tatacara memberi ulasan pengajaran guru.

Sebahagian daripada peserta bengkel yang terdiri daripada pemimpin sekolah-sekolahrendah senegara.

Majlis juga turut dihadiri oleh oleh Datin Paduka Apsah binti Hj Abd Majid, Setiausaha Tetap [ Pendidikan Teras ] dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan [Rendah ] Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

























Tuesday 10 November 2009

Seminar Cum Workshop in conjunction with the 19th Teachers Day Celebration 2009

Salah satu bengkel yang diadakan di Seminar tersebut ialah Teaching Standard: Professional knowledge; Professional teaching practice; Professional engagement and values; and teacher's own concepttion of his/her role . Bengkel disampaikan oleh Dennis Micheal McInerney[Hongkong].

Dennis Micheal Mc Inerney mendengar laporan daripada salah seotrang peserta bengkel.




Peserta-Peserta termasuk beberapa Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait sedang mengikuti Bengkel pada hari tersebut





Learning Study -Sekolah Rendah Sungai Tali

Pada 10hb November 2009, Ahli Jawatankuasa JAPSER Daerah Belait telah mengadakan "Professional Exchange Visit" ke Sekolah Rendah Sungai Tali bagi mendengar taklimat "Learning Study" yang disampaikan oleh Guru-Guru Sekolah Rendah Sungai Tali. Di taklimat tersebut Jawatankuasa JAPSER telah diberikan penerangan mengenai dengan tatacara pengendalian Learning Study.

Guru-Guru Sekolah Rendah Sungai Tali sedang menyampaikan taklimat "Learning Study"

Gambar dibawah:- Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa yang hadir bagi mendengar taklimat pada hari tersebut.

Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait bersama Ketua Bahagian Akademik JAPSER Daerah Belait juga turut diundangkan bagi mengikuti taklimat .

Monday 11 May 2009

TAKLIMAT INFLUENZA A [H1N1]


Taklimat INFLUENZA A {H1N1} bagi pemimpin sekolah seluruh Negara telah diadakan pada 11hb Mei 2009 bertempat di Jabatan Perkembangan Kurikulum.

Sebahagian daripada pemimpin sekolah yang mendengar taklimat pada hari tersebut.

MY DIGITAL LITERACY POWERPOINT ON SCIENCE PROJECT YEAR 4, 5 AND 6


My Digital Literacy Powerpoint Presentation merupakan projek ICT yang sedang diungkayah oleh Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait dengan kerjasama JAPSER Belait.

Antara lain tujuan projek ini adalah untuk memberrikan murid-murid kemahiran dalam ICT. Ianya juga dihasratkan mendedahkan murid dengan semangat berkerja dalam kumpulan.

Murid juga didedahkan kepada kemahiran menyampaikan maklumat, bercakap didepan khalayak ramai dan membina keyakinan diri.

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT PEHIN MENTERI PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE SEKOLAH RENDAH LUMUT PADA 07HB MEI 2009










Friday 13 March 2009

MAJLIS PERJUMPAAN MENTOR SENEGARA KALI PERTAMA BAGI SPN 21 PROFESSIONAL DEVELOPMENT FOR BAHASA MELAYU AND ENGLISH LANGUAGE TEACHER IN PRA AND YEAR 1.


Sebahagian Mentor yang turut hadir dalam majlis perjumpaan tersebut yang diadakan pada Hari Selesa, 13 Rabiulawal 1430 /10hb Mac 2009 bertemapt di Dewan Sekolah Rendah Beribi Telanai, Brunei III

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Pendidkan Rendah hadir untuk mendengar taklimat mengenai mentoring.

MAJLIS PENYAMPAIAN 'MOCK CEK" SUMBANGAN KEWANGAN DARI SYARIKAT MINYAK SHELL SDN BHD [BSP]


Majlis Penyampaian "Mock Cek" sumbangan kewangan dari Syarikat Minyak Shell Sdn Bhd [BSP] bagi melaksanakan "Pilot Projek" kesihatan Pergigian Pelajar Sekolah Rendah telah diadakan Hari Sabtu 17 Rabiulawal 1430 / 14hb Mac 2009 bertempat di Dewan Teratai, Bangunan Seameo Voctech Regional Centre, Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap [Pendidikan Teras] dan beberapa orang pegawai kanan dari kedua-dua kementerian Kesihatan dan kementerian Pendidikan.

Dayang Apsah binti Haji Abdul Majid, Setiausaha Tetap [Pendidikan Teras] Kementerian Pendidikan menerima "mock Cek" daripada wakil Syarikat Minyak Shell Sdn Bhd.