Friday 13 March 2009

MAJLIS PERJUMPAAN MENTOR SENEGARA KALI PERTAMA BAGI SPN 21 PROFESSIONAL DEVELOPMENT FOR BAHASA MELAYU AND ENGLISH LANGUAGE TEACHER IN PRA AND YEAR 1.


Sebahagian Mentor yang turut hadir dalam majlis perjumpaan tersebut yang diadakan pada Hari Selesa, 13 Rabiulawal 1430 /10hb Mac 2009 bertemapt di Dewan Sekolah Rendah Beribi Telanai, Brunei III

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Pendidkan Rendah hadir untuk mendengar taklimat mengenai mentoring.

MAJLIS PENYAMPAIAN 'MOCK CEK" SUMBANGAN KEWANGAN DARI SYARIKAT MINYAK SHELL SDN BHD [BSP]


Majlis Penyampaian "Mock Cek" sumbangan kewangan dari Syarikat Minyak Shell Sdn Bhd [BSP] bagi melaksanakan "Pilot Projek" kesihatan Pergigian Pelajar Sekolah Rendah telah diadakan Hari Sabtu 17 Rabiulawal 1430 / 14hb Mac 2009 bertempat di Dewan Teratai, Bangunan Seameo Voctech Regional Centre, Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap [Pendidikan Teras] dan beberapa orang pegawai kanan dari kedua-dua kementerian Kesihatan dan kementerian Pendidikan.

Dayang Apsah binti Haji Abdul Majid, Setiausaha Tetap [Pendidikan Teras] Kementerian Pendidikan menerima "mock Cek" daripada wakil Syarikat Minyak Shell Sdn Bhd.

Wednesday 4 March 2009

PROFESSIONAL DEVELOPMENT FOR ENGLISH LANGUAGE TEACHERS IN YEAR 1


Sebahagian daripada Guru-Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 menghadiri Professional Development for English Teacher Year 1 yang diadakan di Sekolah Rendah Keriam pada 05hb Mac 2009.

Guru-Guru sedang mengikut pendekatan pengajaran bagi Bahasa Inggeris Tahun 1.

Penyampai sedang memberi penerangan kaedah pengajaran kepada Guru-Guru.

Beberapa Guru-Guru daripada Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait juga menyertai professional development pada hari tersebut.


Sunday 1 March 2009

PROGRAM INDUKSI GURU-GURU BESAR BARU BAGI TAHUN 1430H /2009M


Program Induksi Guru-Guru Besar Baru bagi tahun 1430H/ 2009M telah diadakan pada 26hb dan 28hb Feb 2009M bertempat di Institut Perkhidmatan Awam, Rimba Gadong anjuran
Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, SHIBIE dan Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Rendah.

Pmk Penolong Pengarah , Bahagian Pendidikan Rendah menyampaikan taklimat mengenai Expektasi Bahagian Pendidikan Rendah, Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin sekolah

Peserta Induksi dan para hadirin memulakan induksi dengan menyanyikan lagu kebangsaan.

Salah seoarng Guru Besar Daerah Belait hadir selaku pemudah acara dalam program Induksi tersebut.


MAJLIS PELANCARAN BENGKEL DRAMA BAGI GURU-GURU TAHUN 1 DAN TAHUN 4


Majlis pelancaran Bengkel Drama bagi Guru-Guru Tahun 1 dan 4
telah diadakan di Nursing College Gadong pada 28hb Feb 2009.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ak Abdullah bin Pg Haji
Tengah, Pmk Pengarah , Jabatan Perkembangan Kurikulum yang
juga telah merasmikan bengkel tersebut yang akan diadakan sehingga bulan Jun nanti.

Salah seorang peserta bengkel daripada Sekolah Rendah Muhammad Alam telah juga mengikuti majlis pelancaran tersebut dan seterusnya mendengar taklimat.

Seorang lagi Guru daripada Sekolah Rendah Daerah Belait sedang menbuat catatan dalam bengkel tersebut

Kehadiran guru-guru di bengkel tersebut amatlah menggalakkan. Dewan Nursing College hampir dipenuhi.