Wednesday 20 January 2010

LAWATAN KERJA KE SEKOLAH RENDAH MELILAS DAN SEKOLAH RENDAH DMS SUKANG

Lawatan kerja awal tahun persekolahan Jabatan Sekolah-sekolah, Bahagian Pendidikan Rendah ke Sekolah Rendah Melilas telah di adakan pada 2ohb Januari 2010, Hari Rabu

Bermuzakarah dengan guru-guru mengenai dengan isu-isu pengajaran dan pembelajaran termasuk hal-hal kebajikan guru.

Sekolah Rendah Melilas mempunyai 6 orang murid sahaja dan tenaga mengajar termasuk Guru Besar adalah seramai 3 orang. Sekolah juga diperuntukan dengan seorang buruh dan seorang tukang masak.

Pelawat juga mengambil kesempatan melawat kelas-kelas dan berinterajsi dengan murid-murid di sekolah tersebut.

Salah seorang murid darjah 1 , sedang berkomunikasi dengan pelawat.

Pada tahun ini 2 orang murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan PSR. Pihak sekolah akan berusaha untuk memberi pengajaran yang terbaik .

Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah ini juga mengambil kesempatan untuk singgah ke Sekolah Rendah DMS Sukang, Ulu Belait




No comments: