Saturday 21 February 2009

PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH RENDAH PSN PHY LRG 3, SERIA

Sebagai usaha berterusan mempromosi kesihatan dikalangan murid, guru-guru dan
warga sekolah, Sekolah Rendah PSN PHY Lrg 3, Seria telah mengadakan ceramah
mempromosi kesihatan pada 21hb Februari 2009 . Antara tajuk ceramah yang
diperbincangkan ialah mengenai makanan yang halal. Pegawai-
pegawai daripada Jabatan berkenaan telah dijemput untuk menyampaikan
ceramah dan seterusnya menjawab soalan-soalan daripada yang hadir.

Guru Besar, Penolong Guru Besar II dan beberapa jemputan yang hadir
sedang mengikuti ceramah yang disampaikan.
Turut diundang untuk menyampaikan ceramah tersebut ialah pegawai
daripada Perkhidmatan Kesihatan. Pegawai tersebut telah menyampaikan
ceramah mengenai dengan permakanan kesihatan.

Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait
telah diundang untuk sama-sama mengikuti ceramah yang
telah disampaikan pada hari itu.








No comments: