Saturday 7 February 2009

Lawatan kerja ke SR OKPB Bukit Sawat


Pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah, Daerah Belait telah membuat lawatan meninjau keadaan banjir di Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat. Pelawat ke sekolah menggunakan bot dari Sungai Mau yang dipandu sendiri oleh Penyelia Kanan Daerah . Padang sekolah telah ditenggalami air dan bahaya kepada murid-murid sekolah

Kawasan sekolah juga ditenggalami air. Lawatan pada 07hb februari 2009 mendapati murid-murid tidak hadir ke sekolah. Walaubagaimana guru-guru telah dapat hadir dan melaksanakan tugas antaranya menyediakan kerja-kerja bagi pelajaran yang telah tidak dapat disampaikan kerana banjir.
Jalan berhadapan dengan sekolah di masuki air dari sungai yang berdekatan. Keadaan ini sama seperti keadaan ketika rombongan singgah melawat ke sekolah dalam perjalanan ke Ulu Belait pada 04hb Februari 2009. Pegawai Pelajaran Daerah bergambar bersama Guru Besar Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat

Gambar menunjukkan satu-satunya jalan menuju ke Sekolah rendah OKPB Bukit Sawat dan Sekolah Rendah Merangking yang ditenggalami oleh air. Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei, Guru-guru dikedua-dua buah sekolah telah dapat hadir untuk bertugas.

No comments: