Saturday 7 February 2009

LAWATAN KERJA BAGI MENINJAU PERJALANAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH LABI BERTUGAS MELALUI JALAN SUNGAI


Guru Besar dan Guru-Guru Sekolah Rendah Labi yang hendaklah ke sekolah terpaksa menaiki bot kerana jalam menuju ke sekolah telah ditenggalami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Perjalanan menuju ke tempat jalan yang boleh dilalui mengambil masalebih kurang 30 minit.

Guru Besar dan Guru-Guru menaiki bot yang telah disediakan oleh Pejabat Daerah Belait yang merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat memberikan bantuan perkhidmatan angkutan daripada pengkalan di Sungai Mau hingga ke tempat pendaratan di seberang Luagan Dalak.

Penyelia Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Belait dan Penolong Pegawai Pelajaran Kanan Dearah menggunakan bot menyusur melalui jalan sungai yang asalnya adalah hutan untuk membuat lawatan ke Sekolah Rendah Labi pada 07hb Februari 2009.

No comments: