Thursday, 25 February 2010

PROFESSIONAL EXCHANGE VISIT GURU-GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT KE SEKOLAH RENDAH PSN PHY LORONG SERIA.

Program "Professional Exchange Visit Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait di teruskan dengan mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah PSN PHY Lrg 3 Seria pada Hari Khamis, 25hb Februari 2010.
Dalam memastikan tidak ada lagi murid tahun 3 yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira pihak sekolah telah dan akan melaksanakan beberapa program. Antaranya :-
-GROW program - Great Reading Offer Wisdom,
-SHINE program - Self heed in Numeracy Excellence.
-HOMELINK program
Guru Besar dan Penolong Guru Besar mengalu-alukan lawatan daripada Guru-Guru Besar dan Penolong Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait.




The Read, Write Inc program juga telah dikongsikan.

Penolong Guru Besar juga telah memberikan taklimat mengenai usaha "Early Intervention Program".

Salah satu initiatif sekolah bagi memastikan semua guru diberikan bimbingan ialh melalui program Mentoring.

Juga dikongsikan ialah program "Learning Study" yang akan dilaksanakan pada bulan April 2010.
















Friday, 19 February 2010

Taklimat SBT-School Base Team di Sekolah Rendah PSJ PAM Kg Pandan

Pada 16hb Februari 2010, Hari Selasa bertempat di Sekolah Rendah PSJ PAM kg Pandan, telah diadakan taklimat mengenai KPS- Komiti Peringkat Sekolah atau SBT - School-Based Team oleh pegawai daripada Unit Pendidikan Khas. Antara lain tujuan School-Based Team ialah :-
- Membincangkan dan Memikirkan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar di sekolah,
- Membuat perancangan strategi,
- Berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru Besar Sekolah Rendah PSJ PAM Kg Pandan mengalu-alukan usaha yang diungkayahkan oleh Unit Pendidikan Khas bagi sama-sama memberikan kemahiran dan pengetahuan kepada guru-guru di sekolahnya.

Pegawai-pegawai daripada Unit Pendidikan Khas sedang menyampaikan taklimat .

Sebahagian daripada guru-guru SR PSJ PAM Kg Pandan yang hadir bagi mengikuti taklimat yang diadakan.












Saturday, 13 February 2010

Professional Exchange Visit - Guru-Guru Besar dan Penolong Guru-Guru Besar Sekolah-sekolah Rendah Daerah tahun 2010.

"Professional Exchange Visit 2010" bagi Guru-Guru Besar dan Penolong Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait merupakan satu initiatif lawatan professional bagi meninjau usaha-usaha dan tindakan sekolah. Pada 13hb Februari 2010 ,Sekolah Rendah Sungai Teraban merupakan sekolah yang pertama dilawati dan dalam usaha pihak sekolah menyahut
Harapan Pehin Menteri Pendidikan iaitu "Tidak lagi ada pelajar Tahun 3 yang tidak boleh membaca ,menulis dan mengira beberapa program telah dan sedang diusahakan antaranya :

- FRUITS program Fluent Reading Understanding Idea thinking Skill.
- COCONUTS program Concepts Of Counting On Numercay, Understanding Thinking Skill.
- Numeracy - 1 day 1 Sifir NIDIS
- Literacy - 1 day 1 sentence LIDIS.








Lawatan Professional ini akan diteruskan lagi pada 25hb Februari 2010. Sekolah yang akan dilawati ialah Sekolah Rendah PSN PHY Lorong 3 Seria.












Friday, 12 February 2010

Selamat Bersara PTTK, Bahagian Pendidikan Rendah

Pada 12hb Februari 2010 satu Majlis meraikan persaraan Cikgu Aidin bin Haji Abu Bakar telah diadakan di sebuah hotel di Berakas. Beberapa mantan pegawai-pegawai yang telah bersara juga dijemput hadir bersama. Kelihatan Pengerusi JAPSER Daerah Belait bersama Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Panaga.

Beberapa orang Guru besar dan Penolong Guru Besar daripada Daerah Belait.



Salah seorang mantan pegawai Bahagian Pendidikan Rendah Awang Haji Jambul juga turut menghibur para hadirin di majlis itu.



Wednesday, 10 February 2010

MENYUSUR KE PENDALAMAN - SEKOLAH RENDAH SUKANG ULU BELAIT

Pada 08hb Februari 2010, Pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Rendah Jabatan Sekolah-sekolah daerah Belait telah mengiringi graduan yang telah diatur bertugas di Sekolah Rendah Sukang Ulu Belait.


Pengalaman menaiki motobot untuk pergi ke tempat bertugas sangat-sangat lah menyeronokkan.
Tiba di pengkalan Sekolah Rendah Sukang membawa sedikit oleh-oleh untuk guru-guru dan murid di sekolah .


Salah seorang guru Sekolah Rendah Sukang sedang mengajar Bahasa Inggeris Tahun 5.




































































































































Wednesday, 3 February 2010

SELAMAT MENJADI WARGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT KEPADA GRADUAN B.A.PRIMARY EDUCATION 2009














Taklimat Graduan B.A.Primary Education telah diadakan pada 03hb Februari 2010 bersamaan 18hb Safar 1431 bertempat di Dewan Persidangan P1, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Pmk Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Bahagian Pendidikan Rendah, Awg Aidin bin Hj Abu Bakar dijemput memberikan ucapan khas dan seterusnya menyampaikan taklimat mengenai Bahagian Pendidikan Khas dan Kementerian Pendidikan secara umumnya.













Salah seorang graduan B.A. Primary Education yang telah diator bertugas di Sekolah Rendah Daerah Belait.














Graduan-Graduan tersenyum menerima surat penempatan dan surat lantikan masing-masing.













Graduan-Graduan akan mula ditempatkan ke sekolah-sekolah rendah pada 08hb Februari 2010 bersamaan 18hb Safar 1431.






Graduan juga diberikan taklimat ringkas mengenai dengan ekpektasi daripada Pegawai-Pegawai Pelajaran Kanan Daerah masing-masing.

PERTANDINGAN AKHIR KUMPULAN TUNAS MEKAR BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 2009

Pertandingan Akhir Kumpulan Tunas Mekar bagi Sekolah-sekolah Rendah Seluruh Negara Bagi tahun 2009 telah di adakan pada 03 Februari 2010M / 18 Safar 1431H, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Rimba Negara Brunei Darussalam.

Dari Daerah Belait, Sekolah Rendah Kuala Belait dan Sekolah Rendah PSN Mohd Yusof telah terpilih masuk ke peringkat akhir.

Penyelia Daerah Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait tidak melepaskan kesempatan untuk bergambar di sudut pameran Sekolah Rendah PSN Mohd Yusof, Lrg 3 Seria.

Turut diundang selaku Tetamu Kehormat ialah Pmk Pegawai Tugas-tugas Khas kanan, Cikgu Aidin bin Hj Abu Bakar. Beliau juga berkesempatan melawat pameran dari sekola-sekolah Daerah Belait.


Walaupun tidak merai sebarang hadiah, tahniah kepada Sekolah Rendah Kuala Belait dan Sekolah Rendah PSN Mohd Yusof Lrg 3 , Seria.