Wednesday, 3 February 2010

PERTANDINGAN AKHIR KUMPULAN TUNAS MEKAR BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 2009

Pertandingan Akhir Kumpulan Tunas Mekar bagi Sekolah-sekolah Rendah Seluruh Negara Bagi tahun 2009 telah di adakan pada 03 Februari 2010M / 18 Safar 1431H, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Rimba Negara Brunei Darussalam.

Dari Daerah Belait, Sekolah Rendah Kuala Belait dan Sekolah Rendah PSN Mohd Yusof telah terpilih masuk ke peringkat akhir.

Penyelia Daerah Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait tidak melepaskan kesempatan untuk bergambar di sudut pameran Sekolah Rendah PSN Mohd Yusof, Lrg 3 Seria.

Turut diundang selaku Tetamu Kehormat ialah Pmk Pegawai Tugas-tugas Khas kanan, Cikgu Aidin bin Hj Abu Bakar. Beliau juga berkesempatan melawat pameran dari sekola-sekolah Daerah Belait.


Walaupun tidak merai sebarang hadiah, tahniah kepada Sekolah Rendah Kuala Belait dan Sekolah Rendah PSN Mohd Yusof Lrg 3 , Seria.



Tuesday, 26 January 2010

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN MELAWAT SEKOLAH RENDAH MUHAMMAD ALAM SERIA.

Rombongan Pegawai Tugas-Tugas Khas kanan juga melawat Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria. Sekolah ini letaknya di pekan Seria. Keramaian murid ialah 350 orang, iaitu 182 murid lelaki dan 168 murid perempuan. Keramaian tenaga pengajar 28 orang terdiri dearipada 8 guru lelaki dan 20 guru perempuan.








PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN BERSAMA PMK PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH MELAWAT KE SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT



Pada 26hb Januari 2010, Hari Isnin Pegawai Tugas-Tugas Khas kanan, Pmk Penolong Pengarah dan rombongan daripada Bahagian Pendidikan Rendah telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut II Daerah Belait. Sekolah ini mempunyai 252 murid lelaki, 230 murid perempuan, 6 guru lelaki dan 22 guru perempuan.



Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan melawat murid Pra Sekolah yang belajar membunyi huruf melalui pengajaran phonic. Pengajaran di bilik-bilik darjah bagi Tahun 1, Tahun 2 juga di lawati. Selain bilik-bilik darjah Pegawai tugas-tugas khas kanan dan rombongan juga di bawa memerhati pengajaran di Bilik Pendidikan khas dan aktiviti yang diadakan dalam perpustakaan sekolah.































Wednesday, 20 January 2010

Rombongan Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Bahagian Pendidikan Rendah di Sekolah Rendah DMS Sukang Ulu Belait













LAWATAN KERJA KE SEKOLAH RENDAH MELILAS DAN SEKOLAH RENDAH DMS SUKANG

Lawatan kerja awal tahun persekolahan Jabatan Sekolah-sekolah, Bahagian Pendidikan Rendah ke Sekolah Rendah Melilas telah di adakan pada 2ohb Januari 2010, Hari Rabu

Bermuzakarah dengan guru-guru mengenai dengan isu-isu pengajaran dan pembelajaran termasuk hal-hal kebajikan guru.

Sekolah Rendah Melilas mempunyai 6 orang murid sahaja dan tenaga mengajar termasuk Guru Besar adalah seramai 3 orang. Sekolah juga diperuntukan dengan seorang buruh dan seorang tukang masak.

Pelawat juga mengambil kesempatan melawat kelas-kelas dan berinterajsi dengan murid-murid di sekolah tersebut.

Salah seorang murid darjah 1 , sedang berkomunikasi dengan pelawat.

Pada tahun ini 2 orang murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan PSR. Pihak sekolah akan berusaha untuk memberi pengajaran yang terbaik .

Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah ini juga mengambil kesempatan untuk singgah ke Sekolah Rendah DMS Sukang, Ulu Belait




Friday, 4 December 2009

PERKHEMAHKAN TUNAS PUTERI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH 2009

Perkhemahan Tunas Puteri Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke 2 Tahun 2009 telah diadakan pada 01hb Disember 2009 hingga 03hb Disember 2009 bertempat di Sekolah Rendah Tutong Kem Tutong 1

Sebahagian daripada peserta Tunas Puteri semasa Majlis Penutup Rasmi Perkhemahan. Tetamu Kehormat bagi Majlis tersebut ialah Datin Paduka Dayang Apsah binti Haji Abd Majid, Setiausaha Tetap [ Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.]
Sebahagian daripada para jemputan yang turut diundang bagi Majlis Penutup Rasmi perkhemahan pada 03hb Disember 2009, bertempat di Sekolah Rendah Tutong Kem.




Sekolah Rendah PSB SOAS Kuala Belait telah menghantar beberapa Ahli Tunas Puteri untuk menyertai perkhemahan yang diadakan selama 3 hari itu.

Tetamu kehormat, Datin Paduka Dayang Apsah binti Haji Abd Majid bersama jemputan yang diundang sedang menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

.
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
















Wednesday, 2 December 2009

PERJUMPAAN PROFESSIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH DENGAN PEMIMPIN SEKOLAH SENEGARA

Perjumpaan Profesional Bahagian Pendidikan Rendah dengan Pemimpin Sekolah Rendah Senegera telah diadakan pada 21hb November 2009,bertempat di Sekolah Rendah Rimba II.
Gambar menunjukkan aktiviti simulasi yang disampaikan oleh peserta bengkel.



Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait sedang mengendalikan bengkel dengan tugasan untuk menyediakan sesi simulasi Tatacara memberi ulasan pengajaran guru.

Sebahagian daripada peserta bengkel yang terdiri daripada pemimpin sekolah-sekolahrendah senegara.

Majlis juga turut dihadiri oleh oleh Datin Paduka Apsah binti Hj Abd Majid, Setiausaha Tetap [ Pendidikan Teras ] dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan [Rendah ] Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.