Sunday, 8 February 2009

STANDARAD OPERATING PROCEDURE BAGI MENANGANI BANJIR DAERAH BELAIT

Perjumpaan PPKD bersama Jawatan Kuasa Pemimipin Sekolah Rendah [JAPSER] Dearah Belait pada 9hb Febuari2009.

[Guru-Guru Besar sedang mengadakan perbincangan]

[menumpukan perhatian kepada penerangan SOP]

JAPSER Daerah Belait telah mengadakan perjumpaan bertempat di Bilik Taklimat SR Muhammad Alam bagi membentuk SOP[Standard Operating Procedure] bagi menangani masalah banjir. Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh PPKD dan ianya diharapkan
dapat membantu sekolah dengan lebih terancang dan sebagai bahan rujukan jika diperlukan.
[Penerangn dari PPKD bersama-sama pegawai-pegawai JSS,Belait]

LAWATAN PEMANTAUAN SPN 21 KE SR SUNGAI TERABAN


Pemantauan ini dilaksanakan bagi mempastikan setiap Sekolah sudah bersedia dangan SPN 21, selain itu juga membimbing dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru yang dilawati. Pegawai-pegawai dari Jabatan sekolah-sekolah Belait yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran kanan Daerah sendiri telah berusaha sedaya upaya turun padang membantu perlaksanaan SPN21 agar ianya berjalan dengan lancar seperti yang kita harapkan.[PDP1]

Saturday, 7 February 2009

Lawatan kerja ke SR OKPB Bukit Sawat


Pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah, Daerah Belait telah membuat lawatan meninjau keadaan banjir di Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat. Pelawat ke sekolah menggunakan bot dari Sungai Mau yang dipandu sendiri oleh Penyelia Kanan Daerah . Padang sekolah telah ditenggalami air dan bahaya kepada murid-murid sekolah

Kawasan sekolah juga ditenggalami air. Lawatan pada 07hb februari 2009 mendapati murid-murid tidak hadir ke sekolah. Walaubagaimana guru-guru telah dapat hadir dan melaksanakan tugas antaranya menyediakan kerja-kerja bagi pelajaran yang telah tidak dapat disampaikan kerana banjir.
Jalan berhadapan dengan sekolah di masuki air dari sungai yang berdekatan. Keadaan ini sama seperti keadaan ketika rombongan singgah melawat ke sekolah dalam perjalanan ke Ulu Belait pada 04hb Februari 2009. Pegawai Pelajaran Daerah bergambar bersama Guru Besar Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat

Gambar menunjukkan satu-satunya jalan menuju ke Sekolah rendah OKPB Bukit Sawat dan Sekolah Rendah Merangking yang ditenggalami oleh air. Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei, Guru-guru dikedua-dua buah sekolah telah dapat hadir untuk bertugas.

31st BASE ANNUAL MEETING


Pegawai-Pegawai Kanan Daerah-Daerah telah menghadiri Majlis 31st Base Annual General Meeting bertempat di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam IPA Rimba Gadong pada Hari Sabtu 11, Safar 1430H bersamaan 07, Februari 2009

Tetamu kehormat di Majlis tersebut ialah Datin Paduka Dayang Apsah binti Haji Abdul Majid, Setiausaha Tetap [ Pendidikan Teras ] Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang juga telah dijemput untuk menyampaikan ucapan.

LAWATAN KERJA BAGI MENINJAU PERJALANAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH LABI BERTUGAS MELALUI JALAN SUNGAI


Guru Besar dan Guru-Guru Sekolah Rendah Labi yang hendaklah ke sekolah terpaksa menaiki bot kerana jalam menuju ke sekolah telah ditenggalami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Perjalanan menuju ke tempat jalan yang boleh dilalui mengambil masalebih kurang 30 minit.

Guru Besar dan Guru-Guru menaiki bot yang telah disediakan oleh Pejabat Daerah Belait yang merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat memberikan bantuan perkhidmatan angkutan daripada pengkalan di Sungai Mau hingga ke tempat pendaratan di seberang Luagan Dalak.

Penyelia Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Belait dan Penolong Pegawai Pelajaran Kanan Dearah menggunakan bot menyusur melalui jalan sungai yang asalnya adalah hutan untuk membuat lawatan ke Sekolah Rendah Labi pada 07hb Februari 2009.

SESI KONGSISAMA JAWATANKUASA PEMIMPIN SEKOLAH RENDAH [ JASPER ] 2009




Guru-Guru Besar dan Penolong Guru-Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Belait [ JASPER Belait ] telah menghadiri sesi kongsisama Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah [ JASPER ] 2009 yang diadakan pada 05hb Feb 2009 bertempat di Institute Perkhidmatan AWam. Sesi kongsisama dikendalikan oleh JASPER Daerah Temburong. Antara perkara yang dikongsikan ialah Perubahan Etos dan Budaya Membawa ke Arah Sekolah Berkesan dan Reading Program " I Read ".






Friday, 6 February 2009

LAWATAN KERJA KE SEKOLAH PEDALAMAN


PPKD bersama GB SR Merangking,ulu Belait yang berkongsi pandangan dalam hal pentadbiran dan pengurusan

PPKD berbincang bersama Guru Besar SR Labi Ulu Belait

Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Jabatan Sekolah-Sekolah, Belait bersama beberapa orang pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian pendidikan telah mangadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah pedalaman di daerah Belait. Diantara tujuan lawatan adalah untuk meninjau keadaan sekolah yang telah dilanda banjir dan seterusnya berbincang dengan Guru Besar hal-hal pentadbiran dan pengurusan sekolah.