Monday, 2 February 2009

PERJUMPAAN PERLAKSANAAN SPN 21 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH


Perjumpaan untuk membincangkan serta mendengarkan perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 SPN 21 khusus daripada Pegawai-Pegawai pelajaran Kanan Daerah Kawasan Brunei I, IIA, IIB, III dan IV, Tutong I, II, Temburong dan Belait telah di adakan di Tingkat 7, Bangunan Ong Sum Ping pada 03hb Februari 2009. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Pegawai Pemantau SPN 21 Jabatan Sekolah-Sekolah, Pegawai daripada Jabatan Perancangan , Perkembangan dan Penyelidikan.

LAWATAN READING CONSULTANT KE SR PSN PG.HJ.MOHD YUSOF,LORONG TIGA SERIA




Pada 19 Januari 2009, Reading Consultant dari Britain iaitu Dr. Laura dan rombongan telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah PSN Pg.Hj.Mohd Yusof, seria bagi meninjau dan mengadakan perbincangan yang berkaitan dengan perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran bacaan.Hadir bersama-sama ialah Pegawai -Pegawai dari Jabatan sekolah-sekolah Belait yang mana pada hari tersebut juga disampaikan taklimat ringkas dari Guru Besar Sekolah berkenaan Cikgu Zauyah binti DDW Hj.Md.Yusof.[PDP I,JSS Belait]

PERAHU BARU JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH,BELAIT


Jabatan sekolah-sekolah ,Belait telah menerima sebuah perahu dan injin baru bagi kemudahan jabatan berkenaan mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah khususnya di kawasan pedalaman.Majlis disempurnakan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan imam Hj.Ahmad bin Othman, Imam Masjid Kg.Bukit Sawat.Hadir dimajlis tersbut juga Pegawai pelajaran kanan Daerah Cikgu Hj.Ramlee bin Abd.Rahman dan beberapa orang pegawai dari jabatan berkenaan.[PDP I,JSS Belait

BANJIR DI DAERAH BELAIT

Beberapa buah sekolah di daerah Belait telah dilanda banjir pada awal bulan februari 2009 baru-baru ini. Di antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Rendah Panaga , Sekolah Rendah PSN Pg.Hj.Mohd Yusof lorong tiga seria dan Sekolah Rendah Sungai Liang. Atas insiatif Guru Besar , penolong Guru Besar ,guru-guru serta kakitangan sekolah – sekolah yang terlibat keadaan sekolah dapat dikawal. Plan tindakan awal yang dirancang oleh setiap sekolah berkenaan telah banyak membantu melicinkan keadaan yang tidak diduga. Syabas kepada sekolah-sekolah tersebut, perjalanan sekolah dilaporkan berjalan seperti biasa.
Begitu juga halnya beberapa buah sekolah di kawasan pedalaman di daerah berkenaan juga mengalami keaadan yang serupa khususnya jalan-jalan menuju ke sekolah tersebut telah ditenggalami air.walau bagaimanapun perjalananan sekolah adalah seperti biasa.
Pegawai –pegawai dari Jabatan sekolah-Sekolah, Belait juga turun padang bagi mempastikan keadaan sekolah –sekolah berkenaan adalah selamat dan berjalan lancar.[PDP I JSS,Belait]


Banjir di SR Panaga


Keadaan Jalan yang ditenggalami air bagi sekolah-sekolah ke kawasan pedalaman

TAKLIMAT INDUKSI GURU BARU KELUARAN 2007/2008




Bismillah Syukur Alhamdullilah dengan izinnya jua dapatlah Jabatan Sekolah – Sekolah Daerah Belait mengunkayahkan sesi Taklimat Induksi Graduan bagi keluaran tahun 2007 dan 2008 yang telah diadakan pada 8hb Januari 2009 , hari Khamis Jam 8.00 – 4.30 petang bertempat di bilik taklimat Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria. Seramai 36 orang guru – guru dari 15 buah Sekolah – Sekolah Rendah Daerah Belait telah terlibat dalam sesi induksi ini dan 2 orang guru dari Sekolah Rendah Melilas tidak dapat menghadirinya di sebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Tujuan
a) Memberi pendedahan kepada guru – guru mengenai struktur Jabatan Sekolah – Sekolah dan hal pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan di dalam kementerian Pendidikan.
b) Memberi kefahaman secara terperinci tentang tugasan seorang pendidik.
c) Memberi peluang bagi semua guru – guru untuk berinteraksi dan bertukar – tukar pandangan, serta berkongsi pendapat dan apa jua isu – isu yang berhubung kait dengan hal ehwal pendidikan terutama dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.


Atur cara sesi taklimat dimulakan dengan ucapan alu – aluan oleh Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait, Cikgu Haji Ramlee Bin Abd. Rahman selaku pengerusi Jawatankuasa yang menyelenggarakan Majlis sesi ini.
Dalam ucapannya pula menyebut mengenai usaha – usaha yang telah dan akan giat keteraturan perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 yang baru ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidkan.
Diantara lain ucaptama Pegawai Pelajaran Kanan Daerah ialah berharap guru – guru ini tidak akan terkejut akan perubahan SPN 21 yang menjadi tulang belakang didalam mendukung usaha – usaha dibuat pelan strategi kementerian pendidikan agar ianya berjaya.[PDP I, JSS Belait]

Tuesday, 27 January 2009

BENGKEL PENGGUNAAN FLIP ALBUM


Seramai 43 orang guru-guru yang menghadiri bengkel berkenaan terdiri dari 16 buah sekolah-sekolah Rendah di Daerah Belait.Di antara objektif bengkel tersebut ialah menyahut cabaran SPN 21 dalam menggunakan IT secara efektif dan pratikal di dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkongsi pengetahuan serta menanamkan semangat berkerjasama di kalangan guru-guru yang menghadiri bengkel.[PDP 1 JSS,Belait]

Sunday, 16 November 2008

PERJUMPAAN PPKD BERSAMA GB/PGB DAERAH BELAIT

Perjumpaan diadakan pada 17hb November 2008 bertempat dibilik mesyuarat SR Muhammad Alam Seria.Pegawai Pelajaran Kanan Daerah [PPKD] Cikgu Hj.Ramle bin Abd.Rahman memberikan ucapan tahniah kepada semua Guru-Guru Besar diatas keputusaan PSR yang cemerlang.Beliau bangga khusunya penyampaian keputusan Bahasa Inggeris yang begitu menyerlah.Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat khususnya guru-guru Daerah Belait