Sunday 7 March 2010

SCHOOL LEADERSHIP PROGRAM

Majlis perasmian "School Leadership Programme" yang di anjurkan di ILIA Universiti Brunei Darussalam telah di adakan pada Hari Sabtu 6b Mac 2010. Hadir bagi merasmikan programme tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohd Taib, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Turut Hadir Setiausaha Tetap [Pendidikan Teras], Setiausaha Tetap[Pengajian Tinggi], Timb Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan kementerian Pendidikan dan Guru-Guru Besar sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait. Kita percaya dan yakin kedua Guru-Guru Besar dari Belait yang menyertai program ini [ Guru Besar SR PSJ PAM Kg Pandan dan Guru Besar Sekolah Rendah Sungai Teraban] akan memanafaatkan "one in a life opportunities ini" untuk menjadi "Tranformational Winning Leader".







PROFESSIONAL EXCHANGE VISIT FOR GURU-GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT - NEXT STOP SEKOLAH RENDAH MUHAMMAD ALAM SERIA

Program "Professional Exchange Visit" Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait diteruskan dengan lawatan ke Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria pada Hari Sabtu, 6hb Mac 2010. Turut hadir bagi sama-sama mendengar rancangan tindakan sekolah menangani "Harapan Pehin Menteri Pendidikan- Tidak ada lagi pelajar Tahun 3 yang tidak boleh membaca , menulis dan mengira ialah beberapa Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Temburong dan Brunei. Antara program yang diusahakan ialah :-
- Program TRAFFICS { Teaching Reading Accuracy, Fluency, Fun, Improve, Comprehension,skill.
-Program WHEEL {Wholistic, Hands-on, Entertainment, Enrichment, learning.