Tuesday 24 February 2009

MAJLIS PELANCARAN SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN MEMORIAL LECTURE.




Pegawai Pelajaran kanan, Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait
telah menghadiri Majlis Pelancaran Sultan Omar Ali Saifuddien
Memorial Lecture yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Sultan
Haji Hassanal Bolkiah dengan Universiti Brunei Darussalam
yang diadakan pada Rabu 29 Safar 1430 bersamaan
25 Februari 2009 bertempat di Dewan Plenari Pusat Persidangan
Antarabangsa Berakas.

Antara aturcara ialah Syarahan khas oleh Tuan Yang Terutama
Dato Laila Utama Lee Kuan Yew,
Menteri Mentor Republik Singapura.








SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAM SEKOLAH RENDAH LUMUT


Sekolah Rendah Lumut telah tersenarai sebagai salah sebuah sekolah
bagi projek School Improvement Program iaitu projek usahasama
Jabatan kenaziran Sekolah-Sekolah dan Jabatan Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Pada 24hb Feb 2009 , pegawai-pegawai yang terdiri daripada beberapa orang
pegawai daripada kedua-dua jabatan telah menjalankan survey bagi Guru-Guru
dan murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Murid-murid tahun 4 , Sekolah Rendah Lumut sedang membaca dan seterusnya
menjawab soalan-soalan yang dimukakan dalam survey tersebut dan diawasi
oleh pegawai daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah.

Diruang yang lain iaitu di bilik perpustakaan seramai 23 orang guru telah juga
menjawab soalan-soalan yang telah ditanyakan dalam survey tersebut.















Saturday 21 February 2009

PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH RENDAH PSN PHY LRG 3, SERIA

Sebagai usaha berterusan mempromosi kesihatan dikalangan murid, guru-guru dan
warga sekolah, Sekolah Rendah PSN PHY Lrg 3, Seria telah mengadakan ceramah
mempromosi kesihatan pada 21hb Februari 2009 . Antara tajuk ceramah yang
diperbincangkan ialah mengenai makanan yang halal. Pegawai-
pegawai daripada Jabatan berkenaan telah dijemput untuk menyampaikan
ceramah dan seterusnya menjawab soalan-soalan daripada yang hadir.

Guru Besar, Penolong Guru Besar II dan beberapa jemputan yang hadir
sedang mengikuti ceramah yang disampaikan.
Turut diundang untuk menyampaikan ceramah tersebut ialah pegawai
daripada Perkhidmatan Kesihatan. Pegawai tersebut telah menyampaikan
ceramah mengenai dengan permakanan kesihatan.

Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait
telah diundang untuk sama-sama mengikuti ceramah yang
telah disampaikan pada hari itu.








MAJLIS BERSAMA COOPERATING TEACHERS.


"Cooperating Teachers bagi Projek EPPS termasuk daripada Sekolah-sekolah
Rendah Belait telah menghadiri sesi perjumpaan dengan Pengarah Sekolah-
Sekolah di Dewan Utama, Bangunan Baru, Jabatan Perkembangan Kurikulum
pada 21hb Februari 2009. Turut menyampaikan kongsisama ialah Dr Laura
Huxford.

Di sesi kongsisama tersebut Dr Laura Huxford telah mengongsikan salah satu
aktiviti pengajaran yang berbentuk permainan dalam bulatan. Di situasi pengajaran
yang sebenarnya murid bolehlah melakukan aktiviti mengikut giliran seperti yang
ditetapkan dengan balingan bola.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Rendah, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Belait, Brunei I
dan Pmk PPKD Temburong.

Thursday 19 February 2009

PEMERHATIAN PENGAJARAN GURU DAN PEMBELAJARAN MURID


Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah dalam lawatan kerja
ke Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat pada 19hb Feb 2009
juga telah menyaksikan sendiri proses pembelajaran murid
di kelas-kelas tahun 1 dan 4 .

Pmk Pengarah mengajukan beberapa soalan mengenai isi
pelajaran yang dipelajari murid.

SEKOLAH RENDAH OKPB BUKIT SAWAT TERIMA PELAWAT


Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat telah menerima
serombongan pelawat yang diketuai oleh Pemangku
Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan pada Hari Khamis 19hb Februari 2009.
Guru Besar Hj Kadri bin Hj Md Yusof telah memberikan
taklimat mengenai dengan profil sekolah , projek-projek
akademik dan juga mengenai dengan perlaksanaan SPN 21.

Pemangku Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum
memberikan ucapan penghargaan atas usaha-usaha yang
telah dijalankan bagi kelicinan perlaksanaan SPN 21.

Rombongan sempat mengambil gambar ramai sebagai
tanda lawatan yang sangat-sangat dialu-alukan oleh
pihak sekolah. Jumpa lagi.

Wednesday 18 February 2009

PENCERAPAN SR LUMUT






aktiviti perkumpulan










Berapa orang pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah,Belait telah mengadakan pencerapan khusus bagi guru-guru Tahun 6 sahaja. Ini merupakan salah satu Rancang Tahunan Jabatan berkenaan bagi mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang bakal menghadapi PSR pada tahun 2009. Selain itu juga guru-guru berkenaan juga diberi kesempatan untuk berbincang dengan pegawai-pegawai yang hadir serta dapat mengkongsikan kaedah-kaedah yang digunapakai dengan lebih lanjut lagi.





PERJUMPAAN YANG BERHORMAT AHLI MESYUARAT NEGARA BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI JSS DAN JAPSER BELAIT



Pada 17hb Februari 2009 Satu Majlis Perjumpaan Yang Berhormat Hj.Mohd.Shafiee bin Ahmad Ahli Mesyuarat Negara bersama Pegawai-Pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah Rendah[JAPSER] Belait telah diadakan di Bilik Anggerik SR PSN Hj.Md.Yusof ,Seria.




Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Johari bin Datu Maharaja Setia Dian Penyelia Kanan Daerah. Antara acara pada hari tersebut ialah Taklimat SPN 21 yang disampaikan oleh Cikgu Hj.Md Shuani bin Hj.Kadir Penolong Pegawai Pelajaran Kanan Daerah. Selain itu juga sesi dialog bersama dengan Yang Berhormat telah banyak memberi ruang kepada yang hadir untuk memberikan pandangan dan permasalahan yang dihadapi.[pdp1 ]

Thursday 12 February 2009

SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAM SIP 2009, JABATAN KENAZIRAN SEKOLAH-SEKOLAH.


School Improvement Program SIP merupakan "collaboration" antara 11 Sekolah-Sekolah Kerajaan, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah dan Jabatan Sekolah-Sekolah. Sekolah Rendah Lumut merupakan salah sebuah sekolah di Daerah Belait yang telah tersenarai bagi program SIP ini.

Satu taklimat mengenai SIP telah diadakan di P1, Kementerian Pendidikan pada 12hb Februari 2009 jam 2.30 petang. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Setiausaha Tetap { Pendidikan Teras } Kementerian Pendidikan Dyg Apsah binti Abdul Majid, Pengarah Sekolah-Sekolah, Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai dan Guru-Guru Besar sekolah yang akan mengikuti program ini.

Setiausaha Tetap { Pendidikan Teras} kementerian Pendidikan, Pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah dan Pengarah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah juga mendengar kongsisama pengalaman dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah PAP Besar dan Sekolah Rendah Saba Darat Brunei I.

Guru Besar Sekolah Rendah Lumut hadir bersama bagi mendengar taklimat School Improvement Program SIP 2009.


PENCERAPAN PENGAJARAN GURU DARJAH 6,SEKOLAH RENDAH KUALA BELAIT


Lawatan kerja pada 12hb Feb 2009 bagi mencerap pengajaran guru darjah 6 Sekolah Rendah Kuala Belait adalah usaha berterusan Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Belait kearah meningkatkan pencapaian khususnya dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah.

Murid-murid darjah 6 sedang melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Penglibatan murid merupakan pendekatan yang boleh mempercepatkan kefahaman dikalangan murid.

Penyelia Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Belait dan juga Guru Besar juga turut membuat pemerhatian pengajaran murid dan pengajaran guru.

Kelas yang kondusif merupakan salah satu faktor penting yang boleh merangsang pembelajaran murid.


Tuesday 10 February 2009

PEMASANGAN BENDERA SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE 25TH


Pejabat Jabatan Sekolah-Sekolah ,Belait juga tidak ketinggalan membuat persiapan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 25 tahun. Berapa batang bendera telah dipasang dihadapan banguNan pejabat berkenaan.Begitu juga halnya kesemua sekolah-sekolah Rendah di Daerah ini juga telah memasang bendera-bendera yang didirikan di tempat-tempat yang bersesuai bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.[pdp1]

Sunday 8 February 2009

STANDARAD OPERATING PROCEDURE BAGI MENANGANI BANJIR DAERAH BELAIT

Perjumpaan PPKD bersama Jawatan Kuasa Pemimipin Sekolah Rendah [JAPSER] Dearah Belait pada 9hb Febuari2009.

[Guru-Guru Besar sedang mengadakan perbincangan]

[menumpukan perhatian kepada penerangan SOP]

JAPSER Daerah Belait telah mengadakan perjumpaan bertempat di Bilik Taklimat SR Muhammad Alam bagi membentuk SOP[Standard Operating Procedure] bagi menangani masalah banjir. Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh PPKD dan ianya diharapkan
dapat membantu sekolah dengan lebih terancang dan sebagai bahan rujukan jika diperlukan.
[Penerangn dari PPKD bersama-sama pegawai-pegawai JSS,Belait]

LAWATAN PEMANTAUAN SPN 21 KE SR SUNGAI TERABAN


Pemantauan ini dilaksanakan bagi mempastikan setiap Sekolah sudah bersedia dangan SPN 21, selain itu juga membimbing dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru yang dilawati. Pegawai-pegawai dari Jabatan sekolah-sekolah Belait yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran kanan Daerah sendiri telah berusaha sedaya upaya turun padang membantu perlaksanaan SPN21 agar ianya berjalan dengan lancar seperti yang kita harapkan.[PDP1]

Saturday 7 February 2009

Lawatan kerja ke SR OKPB Bukit Sawat


Pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah, Daerah Belait telah membuat lawatan meninjau keadaan banjir di Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat. Pelawat ke sekolah menggunakan bot dari Sungai Mau yang dipandu sendiri oleh Penyelia Kanan Daerah . Padang sekolah telah ditenggalami air dan bahaya kepada murid-murid sekolah

Kawasan sekolah juga ditenggalami air. Lawatan pada 07hb februari 2009 mendapati murid-murid tidak hadir ke sekolah. Walaubagaimana guru-guru telah dapat hadir dan melaksanakan tugas antaranya menyediakan kerja-kerja bagi pelajaran yang telah tidak dapat disampaikan kerana banjir.
Jalan berhadapan dengan sekolah di masuki air dari sungai yang berdekatan. Keadaan ini sama seperti keadaan ketika rombongan singgah melawat ke sekolah dalam perjalanan ke Ulu Belait pada 04hb Februari 2009. Pegawai Pelajaran Daerah bergambar bersama Guru Besar Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat

Gambar menunjukkan satu-satunya jalan menuju ke Sekolah rendah OKPB Bukit Sawat dan Sekolah Rendah Merangking yang ditenggalami oleh air. Dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei, Guru-guru dikedua-dua buah sekolah telah dapat hadir untuk bertugas.

31st BASE ANNUAL MEETING


Pegawai-Pegawai Kanan Daerah-Daerah telah menghadiri Majlis 31st Base Annual General Meeting bertempat di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam IPA Rimba Gadong pada Hari Sabtu 11, Safar 1430H bersamaan 07, Februari 2009

Tetamu kehormat di Majlis tersebut ialah Datin Paduka Dayang Apsah binti Haji Abdul Majid, Setiausaha Tetap [ Pendidikan Teras ] Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang juga telah dijemput untuk menyampaikan ucapan.

LAWATAN KERJA BAGI MENINJAU PERJALANAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH LABI BERTUGAS MELALUI JALAN SUNGAI


Guru Besar dan Guru-Guru Sekolah Rendah Labi yang hendaklah ke sekolah terpaksa menaiki bot kerana jalam menuju ke sekolah telah ditenggalami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Perjalanan menuju ke tempat jalan yang boleh dilalui mengambil masalebih kurang 30 minit.

Guru Besar dan Guru-Guru menaiki bot yang telah disediakan oleh Pejabat Daerah Belait yang merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat memberikan bantuan perkhidmatan angkutan daripada pengkalan di Sungai Mau hingga ke tempat pendaratan di seberang Luagan Dalak.

Penyelia Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Belait dan Penolong Pegawai Pelajaran Kanan Dearah menggunakan bot menyusur melalui jalan sungai yang asalnya adalah hutan untuk membuat lawatan ke Sekolah Rendah Labi pada 07hb Februari 2009.

SESI KONGSISAMA JAWATANKUASA PEMIMPIN SEKOLAH RENDAH [ JASPER ] 2009




Guru-Guru Besar dan Penolong Guru-Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Belait [ JASPER Belait ] telah menghadiri sesi kongsisama Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah [ JASPER ] 2009 yang diadakan pada 05hb Feb 2009 bertempat di Institute Perkhidmatan AWam. Sesi kongsisama dikendalikan oleh JASPER Daerah Temburong. Antara perkara yang dikongsikan ialah Perubahan Etos dan Budaya Membawa ke Arah Sekolah Berkesan dan Reading Program " I Read ".






Friday 6 February 2009

LAWATAN KERJA KE SEKOLAH PEDALAMAN


PPKD bersama GB SR Merangking,ulu Belait yang berkongsi pandangan dalam hal pentadbiran dan pengurusan

PPKD berbincang bersama Guru Besar SR Labi Ulu Belait

Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Jabatan Sekolah-Sekolah, Belait bersama beberapa orang pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian pendidikan telah mangadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah pedalaman di daerah Belait. Diantara tujuan lawatan adalah untuk meninjau keadaan sekolah yang telah dilanda banjir dan seterusnya berbincang dengan Guru Besar hal-hal pentadbiran dan pengurusan sekolah.